Skip to main
Logo Malaysiakini

5,162 kes baru Covid-19, kemasukan hospital meningkat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,162 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,546,309.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 6.9 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+134.4 peratus), Melaka (+48.6 peratus), Putrajaya (+32.8 peratus), Perak (+20.2 peratus), Kedah (+20.2 peratus), Johor (+12.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+12.6 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 13) di mana 5,809 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,601)
Johor (549)
Sabah (497)
Sarawak (399)
Kelantan (389)
Pahang (356)
Kuala Lumpur (347)
Pulau Pinang (305)
Kedah (304)
Perak (267)
Terengganu (247)
Negeri Sembilan (237)
Melaka (198)
Putrajaya (75)
Perlis (26)
Labuan (12)

 

[Laporan penuh menyusul]