Buruh mengaku tidak bersalah curi burung kakak tua
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kangar, hari ini atas pertuduhan mencuri seekor burung kakak tua, Jumaat lepas.
Tertuduh Mohd Amizad Marodzi, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Menurut pertuduhan, Mohd Amizad dituduh mencuri seekor burung jenis African Grey Parrot nombor penandaan 20 Z 005 FID di Nombor 7, Jalan Angsana 5, Taman Bunga Angsana di Padang Besar pada 4 pagi, 12 Nov lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali.
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid, manakala Mohd Amizad diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai