Skip to main
Logo Malaysiakini

5,413 kes baru, nilai kebolehjangkitan 1.05

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

  • Dikemas kini dengan nilai kebolehjangkitan.

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,413 kes baru Covid-19 berbanding 5,143, semalam. Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,556,865.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara pula meningkat sebanyak 8.54 peratus dalam tujuh hari lalu berbanding tujuh hari sebelum ini.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+109.9 peratus), Melaka (+78.3 peratus), Negeri Sembilan (+39.8 peratus), Kedah (+31.6 peratus), Perak (+19.2 peratus), Selangor (+12.7 peratus) dan Johor (+10.3 peratus).

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan berada pada tahap 1.05. Nilai itu stabil untuk tiga hari berturut-turut. Bagaimanapun, selagi melebihi 1.00, penyebaran Covid-19 dijangka semakin pantas.

Empat negeri mencatatkan nilai kebolehjangkitan melebihi 1.00 - Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sejak 9 ktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (15 November) yang menyaksikan 5,143 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,144)
  • Kelantan (706)
  • Sabah (500)
  • Johor (444)
  • Kedah (398)
  • Sarawak (287)
  • Terengganu (282)
  • Pahang (267)
  • Negeri Sembilan (239)
  • Kuala Lumpur (222)
  • Pulau Pinang (220)
  • Perak (202)
  • Melaka (160)
  • Putrajaya (52)
  • Labuan (12)
  • Perlis (8)