Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengharaman nombor ekor di Kedah muktamad - MB

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusannya untuk mengharamkan judi nombor ekor di negeri sebagai muktamad.

“Muktamad,” katanya menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini.

Sanusi berkata keputusan kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor empat ekor sebagai tidak perlu dikaji semula.

“Nak bincang buat apa. Hal ini telah berlarutan begitu lama. Kita pun dah, kesan buruk dia.

“Saya tahu orang Cina pun tahu pasal kesan buruk. Saya bukan maksudkan ini hal masyarakat orang Cina.

“Hal di Kedah, orang Melayu pun ada, jadi penyakit itu, Orang Siam pun ada, Orang India pun ada, Cina pun ada.

“Saya tidak sangkut paut hal ini dengan bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, dia mengharapkan masyarakat Kedah tanpa mengira bangsa atau agama dapat hidup aman harmoni tanpa tabiat berjudi.

Selain mengharamkan judi nombor ekor, Kedah juga memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

Namun, keputusan itu tidak disenangi pemimpin politik yang mendakwa bahawa Sanusi cuba menyekat hak bukan Islam di Kedah.