Skip to main
Logo Malaysiakini

6,355 kes baru, 3 hari berturut-turut lebih 6,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,355 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,575,888.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 2.65 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Pulau Pinang (+21.3 peratus), Kuala Lumpur (+16.5 peratus), Johor (+13.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+13.8 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 18) di mana 6,380 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,448)
Kelantan (733)
Johor (566)
Sabah (541)
Pahang (425)
Kedah (409)
Kuala Lumpur (399)
Pulau Pinang (327)
Sarawak (311)
Melaka (307)
Perak (304)
Terengganu (297)
Negeri Sembilan (239)
Putrajaya (35)
Perlis (21)
Labuan (18)