Skip to main
Logo Malaysiakini

31 mangsa banjir dipindahkan di Kubang Pasu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seramai 31 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Lahar di daerah Kubang Pasu ekoran banjir yang berlaku, petang semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS itu diaktifkan 9 malam tadi selepas hujan lebat bermula 5.30 petang menyebabkan paras air meningkat di kawasan rumah penduduk.

Katanya antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Lahar dan Kampung Paya Tok Keong dalam Mukim Malau.

"Selain itu kawasan lain di daerah Kubang Pasu yang terjejas termasuk Jalan Changlun-Jitra yang air dilaporkan naik dan menyebabkan berlaku kesesakan di sepanjang jalan itu di kedua-dua arah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Muaz berkata pihaknya melakukan pemantauan di kawasan terlibat selain mengawasi keadaan paras air sungai di daerah itu sekiranya terdapat peningkatan.

- Bernama