Gangguan bekalan air di USJ pulih sepenuhnya
Bekalan air di USJ 1 hingga USJ 27 di wilayah Petaling yang terjejas berikutan penurunan paras air di Kolam Air Sime UEP, USJ sejak semalam, pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau laman web www.airselangor.com.
Sebarang pertanyaan serta aduan juga boleh diajukan ke Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre menerusi aplikasi Air Selangor.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai