Skip to main
Logo Malaysiakini

5,501 kes baru, kemasukan hospital meningkat 17% di Pulau Pinang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,501 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,614,480.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 3.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di dan Pulau Pinang (+17.6 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 25) di mana 6,144 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,650)
Johor (605)
Sabah (513)
Kelantan (511)
Kuala Lumpur (452)
Kedah (442)
Pahang (426)
Melaka (291)
Perak (280)
Pulau Pinang (263)
Terengganu (233)
Negeri Sembilan (180)
Sarawak (171)
Perlis (46)
Putrajaya (43)
Labuan (38)