Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 (27 Nov): 45 mangsa baru, jumlah kumulatif kini 30,240

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Repositori data Github Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 45 kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif korban pandemik itu terus meningkat kepada 30,240.

Untuk rekod Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 913 kematian bagi setiap sejuta penduduknya.

Daripada semua kematian baru yang dilaporkan semalam, 22.2 peratus atau 10 orang meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan di hospital.

Perak dan Sabah merekodkan jumlah kematian baru tertinggi dengan masing-masing lapan korban, iaitu 35.6 peratus daripada keseluruhan kematian terkini dilaporkan.

Kematian baru lain yang direkodkan ialah di Johor (5), Kelantan (4), Pahang (4), Selangor (4), Kuala Lumpur (4), Sarawak (3), Terengganu (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1 ).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 41 daripada 45 kematian yang dilaporkan - atau 91.1 peratus - berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Secara purata 52 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 44, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,427 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Okt, 9,678 pada Sept, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Sehingga semalam, terdapat 67,547 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 1.6 peratus daripada 68,639 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 5.8 peratus daripada 71,715.

 Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Daripada 5,501 kes baru untuk semalam, sebanyak 123 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 52 (42.3 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 47 (38.2 peratus) adalah dari tempat kerja.

Sebanyak 11 lagi (8.9 peratus) adalah daripada kluster yang dikaitkan dengan acara keagamaan.

Baki kes dikesan kepada kelompok yang berkaitan dengan penularan komuniti (8 - 6.5 peratus) dan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (5 - 4.1 peratus).