Covid-19: Lebih 2.6 juta remaja lengkap divaksin
COVID-19 | Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai