Bot terbalik: Cemas nelayan terapung 7 jam di laut
Seorang nelayan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung selama kira-kira tujuh jam akibat bot dinaiki terbalik dipukul ombak semasa keluar memancing bersendirian di perairan Pulau Kapas, dekat Kuala Terengganu semalam.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata Mohd Nasir Othman, 45, yang terapung dengan berpaut pada bot yang hampir tenggelam, ditemukan dan diselamatkan kru sebuah bot tunda pada kira-kira pukul 5 petang hari sama di kedudukan 19.5 batu nautika tenggara Pulau Kapas.
Katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menerima panggilan daripada bot tunda Macallan 9 yang sedang dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Indonesia, pada pukul 7.15 malam.
"Bertindak atas aduan itu, bot Penggalang 16 diatur gerak bagi mengambil nelayan itu dari bot tunda berkenaan di kedudukan 10 batu nautika dari Kuala Kemaman.
"Mohd Nasir tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman pada pukul 3.40 pagi tadi dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai