Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (1 Dis): 5,439 kes baru, jumlah kumulatif lebih 2.63 juta

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,439 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,638,221.

Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 9.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 30) di mana 4,879 kes baru dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Selangor - 1,097
  • Kelantan - 574
  • Johor - 494
  • Kedah - 412
  • Sabah - 401
  • Kuala Lumpur - 388
  • Pahang - 321
  • Pulau Pinang - 311
  • Perak - 210
  • Terengganu - 200
  • Negeri Sembilan - 148
  • Melaka - 139
  • Sarawak - 98
  • Perlis - 44
  • Putrajaya - 40
  • Labuan - 2