Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Tutup parlimen hanya jadi pilihan terakhir

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Langkah menutup parlimen ekoran wujudkan kes-kes baru Covid-19 hanya akan menjadi pilihan terakhir, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.

Menurutnya ketika ini kerajaan sudah mempunyai kerangka tindakan untuk menangani kes-kes positif atau kemunculan sesuatu kluster baru dan berpengalaman menanganinya.

"Langkah seperti menutup parlimen dan seumpama dengannya akan menjadi langkah terakhir," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Khairy ditanya wartawan mengenai kemungkinan kerajaan akan menutup parlimen selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memaklumkan sebanyak 25 kes baru dikesan di situ.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ada kemungkinan kes berkenaan membabitkan varian Delta.

KKM juga mengesan 41 kes di parlimen bagi tempoh 27 Okt dan 28 Nov lalu.

Khairy berkata jika ujian saringan di parlimen boleh dilakukan lebih kerap - misalnya sekali setiap dua hari - sesuatu kes akan dapat dikesan lebih awal sebelum individu terbabit diasingkan.

"Maka tidak tidak ada keperluan untuk mengganggu atau menutup perjalanan sidang parlimen," katanya.

Ahli parlimen Rembau itu juga menyatakan selain memiliki pengalaman menguruskan kes baru, KKM juga mempunyai strategi ujian saringan kebangsaan selain program vaksinasi.

Dengan strategi itu, katanya, KKM berharap tiada sebarang langkah drastik perlu diambil. Misalnya, tambah Khairy, perintah kawalan pergerakan, sekatan perjalanan dan seumpamanya. 

[Baca laporan penuh]