Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (2 Dis): 5,806 kes baru, tertinggi sejak 25 Nov

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,806 lagi kes baru Covid-19 dikesan, menjadikan jumlah kumulatif pademik itu kini 2,644,027.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh tujuh hari sejak Nov 25 lalu.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menunjukkan penurunan sebanyak 10.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sejak Okt 9, KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 1) berdasarkan 5,439 kes baru yang dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Selangor: 1,582
  • Kelantan: 639
  • Johor: 488
  • Sabah: 467
  • Kedah: 366
  • Kuala Lumpur: 326
  • Pahang: 326
  • Pulau Pinang: 292
  • Terengganu: 235
  • Perak: 205
  • Negeri Sembilan: 180
  • Melaka: 124
  • Sarawak: 121
  • Perlis: 48
  • Putrajaya: 21
  • Labuan: 19

Daripada jumlah kes terbaru itu, 5,548 orang (95.6 peratus) adalah warganegara, manakala 258 orang (4.4 peratus) bukan warganegara.

Jumlah itu adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar 7,246 pesakit Covid-19 yang pulih hari ini. Trend berkenaan dijangka terus membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

KKM juga menyatakan terhadap seramai 511 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 266 daripadanya ditidurkan.

Sehingga kini, terdapat 227 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk enam kluster baru yang dilaporkan hari ini.