Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih 8 bilion dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jumlah dos vaksin COVID-19 yang diberikan di seluruh dunia sudah melebihi 8 bilion, lapor Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University (JHU), angka bilangan dos yang diberikan setakat ini adalah 8,036,182,904.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 263.41 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dengan lebih 5.22 juta kematian, menurut JHU.

- Bernama