Skip to main
Logo Malaysiakini

Buku tak kaitkan Najib dengan jenayah bunuh Altantuya - Thomas

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Memoir yang ditulis bekas peguam negara, Tommy Thomas tidak mengaitkan bekas perdana menteri, Najib Razak dengan jenayah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah Najib, Thomas mendakwa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu sebenarnya menceritakan tentang peranannya dalam menerima keterangan baru yang dikaitkan dengan pembunuhan pada 2006 itu.

"Pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut, atas maksud dan maksud sebenarnya tidak mempautkan plaintif secara jenayahnya kepada pembunuhan Altantuya sebagai suatu fakta.

"Pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut menyatakan peranan defendan pertama sebagai pendakwa raya dalam menerima keterangan baru mengenai pembunuhan tersebut.

"Pernyataan tuntutan tersebut juga tidak mengenal pasti bahagian sebenar dalam pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut yang dikatakan mengandungi makna fitnah dengan rujukan kepada plaintif (yang dinafikan),” kata Thomas dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah Najib.

Pada 27 Okt lepas, Najib memfailkan saman fitnah terhadap Thomas dan syarikat yang menerbitkan memoir bekas peguam negara itu berjudul, 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Thomas mencadangkan dalam terkaitdengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan Altantuya.

Azilah dan Sirul adalah dua bekas komando Unit Tindakan Khas yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia dan negara itu enggan mengekstradisinya yang menghadapi hukuman mati di Malaysia.

Najib berhujah bahawa Thomas melalui buku itu menyindir dia bersalah atas konspirasi untuk membunuh Altantuya, selain mengelirukan rakyat berhubung episod itu dan oleh itu tidak layak memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan.

Najib juga mendakwa bahawa Thomas telah menulis dalam bukunya bahawa dia mempunyai agenda untuk membunuh Altantuya dan didakwa telah mempengaruhi Sirul semasa lelaki itu ditahan di Australia.

Menurut pernyataan pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini, Thomas berhujah bahawa Najib dihalang di bawah undang-undang daripada menyaman bekas Peguam Negara kerana memfitnah disebabkan dia pernah memegang jawatan perdana menteri.

Thomas berkata ini kerana kenyataan berunsur fitnah dalam buku itu merujuk kepada perbuatan Najib ketika dia masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya perdana menteri.

"Memandangkan bekas jawatan awam plaintif yang tinggi beliau dikecualikan atau dihalang di sisi undang-undang daripada menyaman atas dasar fitnah. Selanjutnya pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut adalah berkaitan dengan tindakan-tindakan plaintif dalam kapasiti rasmi beliau ketika itu sebagai menteri pertahanan dan / atau timbalan perdana menteri Malaysia, dan melibatkan individu-individu yang bekerja rapat dengan beliau.

"Tuntutan plaintif turut merupakan pencabulan hak defendan pertama tentang kebebasan bercakap dan bersuara yang diperuntukkan dalam Perkara 10 (1) (a) perlembagaan Persekutuan,” hujah Thomas.

'Demi kepentingan awam'

Bekas peguam negara itu berhujah bahawa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen berpatutan tentang perkara berkepentingan awam iaitu keadaan yang menyelubungi pembunuhan Altantuya.

Thomas berhujah bahawa kenyataan dalam buku itu dilindungi oleh keistimewaan kerana ia dibuat "untuk kepentingan awam, dengan suci hati, dan atas kepercayaan ia adalah benar serta tanpa niat jahat".

Dia juga mendakwa pernyataan yang dipertikaikan itu tidak merendahkan Najib di mata masyarakat yang berfikiran waras, kerana reputasi plaitif telah pun tercalar akibat laporan media dan perbicangan awam berhubung kes Altantuya.

[Baca berita penuh]