Skip to main
Logo Malaysiakini

Peranti pengesan untuk pengembara dari negara risiko tinggi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pengembaran daripada negara berisiko tinggi di pintu masuk hadapan (PMA) Lapangan Terbang Antarangsa (KLIA) di Sepang akan dipakaikan peranti pengesanan digital sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian (kuarantin).

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin susulan kemasukan kes pertama varian membimbangkan Omicron ke negara ini yang dikesan semalam.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan beberapa lagi strategi kawalan, iaitu:

  • Pengembara ke Langkawi perlu menjalani ujian pengesahan Covid-19 tambahan pada hari kelima dan ketiga setelah tiba. Ujian hendaklah menggunakan RTK-Ag secara profesional.

  • Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura diteruskan.

  • Sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mendedahkan kes pertama Omicron dikesan berdasarkan ujian sampel pelajar daripada daripada Afrika Selatan yang masuk ke negara ini pada 19 November.

Pelajar universiti swasta di Ipoh itu telah menjalani kuarantin berseorangan, tidak bergejala, lengkap vaksinasi dan patuh kepada arahan.

Lima orang kontak rapat juga didapati negatif setelah dua kali ujian sampel dijalankan.