Skip to main
Logo Malaysiakini

PKR-DAP tak bertembung dalam PRN Sarawak kali ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN SARAWAK | PKR Sarawak mengurangkan hampir separuh jumlah kerusi yang bakal ditandinginya dalam PRN Sarawak kali ini.

Berbanding 47 kerusi, parti itu akan meletakkan calon di 27 kerusi dengan kemungkinan "satu ada dua lagi kerusi".

Berbeza juga dengan PRN pada 2016, parti itu juga tidak akan bertembung dengan DAP.

PKR hari ini mengumumkan calonnya di kesemua 27 kerusi tersebut.

Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak Dominique Ng berkata pihaknya membuat keputusan untuk menumpukan kekuatan di kerusi "boleh menang".

"Kami akan fokus kepada kerusi yang berkemungkinan menang berbanding letak calon di kawasan yang kami langsung tiada peluang.

"Antara sebab kami putuskan untuk kurangkan kerusi yang ditandingi adalah kerana kami perlu bersikap realistik," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di Gala City, Kuching hari ini.

Dominique Ng

Dia juga membayangkan PKR mungkin mengumumkan "seorang atau dua lagi" calon sebaik sebelum hari penamaan calon pada 6 Disember ini.

Berikut adalah senarai calon yang diumumkan hari ini:

  • N01 Opar - Meneng Anak Biris
  • N06 Tupong - Ahmad Nazib Johari
  • N08 Satok - Nor Dahlia Esapian Eyau
  • N11 Batu Lintang - Chrishe Ng
  • N15 Asajaya - Mahmud Epah
  • N18 Serembu - Michael Sawing
  • N20 Tarat - Christo Michael
  • N21 Tebedu - Senior William Rade
  • N24 Sadong Jaya - Piee Bin Ling
  • N28 Lingga - Abang Abd Kasim Abd Bujang
  • N29 Beting Maro - Abang Zulkifli Abang Engkeh
  • N35 Saribas - Patrick Kamis
  • N37 Bukit Saban - Mikail Mathew Abdullah
  • N49 Ngemah - Satu Anak Anchom
  • N50 Machan - M Fauzi @ Joseph Usit
  • N57 Telian - Mohd Arwin Abdullah
  • N58 Balingian - Abdul Ajil Bujang
  • N60 Kakus - Joshua Jabeng
  • N62 Katibas - Munan Anak Laja
  • N66 Murum - Anie Amat
  • N71 Bekenu - Norhafizah Johari
  • N72 Lambir - Zolhaidah Suboh
  • N76 Marudi - Elias Lipi
  • N77 Telang Usan - Philip Jau Ding
  • N78 Mulu - Roland Engan
  • N80 Batu Danau - Racha Balang
  • N81 Ba’Kelalan - Martin Samuel Labo

Hari ini, Setiausaha PKR Sarawak yang juga bakal calon DUN Kakus, Joshua Jabeng membayangkan pergeseran antara dua parti itu sudah selesai.

"Kita dalam satu pakatan. Dengan semangat Pakatan Harapan, kita tak akn bertembung," katanya.

Berdasarkan senarai di atas, PKR akan mempertahankan kerusi Batu Lintang dan Ba'Kelalan.

PKR menang di dua kerusi itu dalam PRN lalu namun kedua-dua penyandangnya, See Chee How dan Baru Bian telah keluar parti dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) - sebuah parti pembangkang yang tidak bersekutu dengan PH.

Kali ini, PKR akan meletakkan Chrishe Ng di Batu Lintang dan Martin SAmuel Labo di Ba'Kelalan.

Bagaimanapun parti itu tidak akan mempertahankan Krian yang dimenanginya pada 2016. Penyandangnya, Ali Biju kini adalah ahli Bersatu.