Skip to main
Logo Malaysiakini

'Yayasan ditubuh Gerakan tak sama seperti yayasan Zahid'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai pada perhimpunan partinya pagi ini membidas Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapi presiden Umno itu.

Dalam ucapannya kepada perwakilan parti, Lau menyorot kejayaan masa lalu Gerakan sambil menyebut tentang yayasan yang ditubuhkan parti itu.

“Selain mempunyai Universiti Terbuka Wawasan, Gerakan juga mempunyai sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh (bekas presiden kami) Mah Siew Keong bernama YPPKM (Yayasan Penjaja & Perniagaan Kecil 1Malaysia).

"Saya masih ingat bahawa Mah telah menubuhkan yayasan ini semasa menjadi menteri Kabinet, untuk membantu penjaja dan pengusaha perniagaan kecil. Mari kita berikan tepukan gemuruh kepada Mah Siew Keong.

"Tetapi saya ingin mengatakan bahawa yayasan ini tidak seperti Zahid. Ia berbeza. Melalui yayasan ini, kita benar-benar membantu perniagaan kecil di negara kita," kata Lau.

"Selain Wawasan Open University (WOU), ada satu yayasan dibawa (bekas presiden MIC) Mah Siew Keong, iaitu YPPKM (Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia).

"Saya ingat lagi semasa Mah menjadi menteri dan tubuhkan untuk bantu penjaja dan peniaga kecil. MArilah kita beri satu tepukan pada Mah.

"Saya nak kata ini tak sama dengan yayasan Zahid. Tak sama. Kita betul-betul bantu penjaja dan peniaga di negara kita," kata Lau.

Difahamkan, Lau merujuk kepada perbicaraan mahkamah terhadap Zahid melibatkan sebuah yayasan bernama Yayasan Akal Budi.

Kes itu menyaksikan Zahid berdepan siri pertuduhan jenayah membabitkan pecah amanah RM20.83 juta, menerima suapan RM21.25 juta sebagai menteri dalam negeri, dan pengubahan wang haram RM72.07 juta.

Lau menyampaikan ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 Gerakan yang diadakan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Majlis itu telah dilancarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya kepada perwakilan, Lau turut mengingatkan mereka tentang pentingnya Gerakan mendapatkan semula mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Lau berkata tiada guna parti itu menjadi pertubuhan politik jika tidak mempunyai wakil di Parlimen dan DUN.

“Kita mesti memenangi pilihan raya dan mendapat mandat untuk masuk Parlimen dan DUN.

"Jika kita masih gagal mendapatkan ini, kita akan menjadi seperti NGO di luar, yang hanya boleh menyuarakan kebimbangan mereka di luar tetapi tidak boleh mewakili rakyat di dalam Parlimen dan DUN," katanya.

Bagi memenangi pilihan raya akan datang, Lau menegaskan parti itu perlu fokus mendapatkan sokongan pengundi muda.

Katanya, Undi18 yang bermula tahun depan akan menyaksikan sejumlah besar anak muda berumur 18 tahun ke atas menjadi pengundi di setiap kawasan.

“Ini adalah kumpulan besar di mana kita mesti mendapat sokongan mereka.

"Jawatankuasa pusat parti telah menjalankan analisis, dan didapati secara amnya, setiap kawasan akan melihat kira-kira 20,000 pengundi muda, malah ada sehingga 80,000.

"Oleh itu, kita mesti menggunakan kaedah baharu untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya ini," katanya sambil menambah parti itu akan mengalih tumpuan daripada kaedah kempen tradisional kepada digital untuk menarik minat golongan muda.