Skip to main
Logo Malaysiakini

4,298 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,298 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,658,772.

Jangkitan baru yang dilaporkan melibatkan 4,144 warga Malaysia (96.4 peratus) dan 154 warga asing (3.6 peratus).

Jumlah pesakit sembuh pula lebih tinggi iaitu seramai 4,929 orang. Ini dijangka akan membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 471
  • Pesakit perlukan alat bantuan pernafasan: 264

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 7.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Setakat hari ini, bilangan pesakit Covid-19 (termasuk kes disyaki) dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) 9.2 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Namun pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat 1.1 peratus berbanding tempoh yang sama.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 4) di mana 4,896 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,347)
  • Johor (487)
  • Kelantan (432)
  • Sabah (351)
  • Pulau Pinang (344)
  • Kedah (335)
  • Pahang (299)
  • Perak (235)
  • Kuala Lumpur (232)
  • Negeri Sembilan (230)
  • Melaka (225)
  • Terengganu (168)
  • Sarawak (104)
  • Perlis (44)
  • Putrajaya (37)
  • Labuan (26)

Setakat ini, terdapat 233 kluster aktif Covid-19, termasuk sembilan yang dilaporkan hari ini.

Ia meningkat sebanyak 2.2 peratus berbanding 228 kluster aktif pada seminggu lalu.