Skip to main
Logo Malaysiakini

4,262 lagi kes baru Covid-19 dikesan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 4,262 kes baru Covid-19 dikesan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 terkini meningkat kepada 2,663,034.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari lalu, atau sejak 29 Nov.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Untuk rekod KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Daripada 4,298 kes baru dilaporkan semalam, pecahan mengikut negeri ialah seperti berikut:

  • Selangor: 1,160
  • Kelantan: 434
  • Johor: 346
  • Kedah: 324
  • Sabah: 294
  • Pahang: 278
  • Pulau Pinang: 261
  • Melaka: 259
  • Perak (254)
  • Terengganu: 228
  • Kuala Lumpur: 221
  • Negeri Sembilan: 107
  • Sarawak: 71
  • Putrajaya: 33
  • Perlis: 17
  • Labuan: 11

Jangkitan baru hari ini terdiri daripada 4,135 rakyat Malaysia (97.0 peratus) dan 127 bukan warganegara (3.0 peratus).

Seramai 5,894 pesakit Covid-19 yang pulih hari ini. Ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

Pesakit di ICU: 463
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 249

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 8.7 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga telah menurun sebanyak 8.5 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Sehingga kini, 234 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 5 kluster baru dilaporkan hari ini.

Kluster yang sedang berlangsung menyaksikan peningkatan sebanyak 3.1 peratus daripada 227 kluster aktif seminggu lalu.