NGO lapor SKMM berhubung dakwaan gangguan seksual ahli MIC
Sebuah NGO membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dua klip video yang berkaitan dengan dakwaan insiden gangguan seksual oleh ahli MIC di Sungai Siput, Perak, baru-baru ini.
Ketika dihubungi, setiausaha NGO itu berkata bahawa pihak mereka telah membuat laporan pada 29 Nov di ibu pejabat SKMM, Cyberjaya menerusi aduan dalam talian.
"Ya. Saya mengesahkan kami membuat laporan di SKMM berhubung insiden tersebut.
"Laporan ini berdasarkan dua klip video. Video pertama adalah bukti bagi insiden tersebut. Video itu diambil salah seorang ahli NGO kami ketika ahli MIC itu membuka zip seluar di depan saya.
"Yang kedua, adalah video tular di media sosial di mana dua pemuda MIC cuba menghina saya," kata setiausaha NGO yang juga mangsa dalam insiden tersebut.
Untuk rekod, pada 28 Nov Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin mengesahkan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh ahli MIC.
Wanita tersebut mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka zip seluarnya dalam kejadian itu.
Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 25 November lalu ketika kedua-dua pihak membuat lawatan pada masa yang sama di kawasan perumahan tersebut.
Menurut wanita itu, ahli MIC yang berkumpul di situ menghalang ahli NGO dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang turut hadir dengan menggunakan kata-kata kesat dan membuka zip seluar di depannya.
Namun, Pengerusi MIC Sungai Siput K Manimaran menafikan dakwaan wanita tersebut. Malah, Pemuda MIC Sungai Siput membuat laporan polis balas terhadap wanita tersebut.
Dalam laporan itu, ahli pemuda MIC Chandra Segaran mendakwa wanita itu sengaja membuat provokasi terhadap ahli MIC dengan memanggil "Orang MIC semua adalah pondan".
Sementara itu, wanita turut berkongsi video kedua yang di tular di media sosial yang didakwa olehnya sebagai satu lagi serangan seksual dan mengaibkan terhadap oleh pemuda MIC.
Klip berdurasi satu minit itu, dilihat seolah-olah perbincangan antara dua lelaki.
Salah seorang lelaki berkata bahawa "Apakah wanita itu rindu sangat sehingga terus melihat ketika orang buka zip seluar? Kamu tutup mata sahaja. Dia buka zip kenapa kamu tengok?" soal lelaki tersebut.
Malaysiakini telah menghubungi Pemuda MIC untuk mendapatkan komen.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai