Pua tampil jawab 'tuduhan salah' Mahathir
Ahli parlimen DAP Tony Pua menjawab dakwaan dibuat Dr Mahathir Mohamad terhadapnya seperti yang dilaporkan dalam portal berita semalam.
Dakwaan bekas perdana menteri Pakatan Harapan itu dibuat dalam buku yang dihasilkannya dan bakal mula dijual tidak lama lagi.
Pua berkata ini penjelasannya itu adalah bahagian pertama jawapan terhadap kenyataan Mahathir dan akan menulis lagi selepas ini untuk mempertahankan dirinya.
Ahli Parlimen Damansara itu berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Lim Guan Eng ketika setiausaha agung DAP berkenaan berkhidmat sebagai menteri kewangan PH sebelum gabungan tersebut dijatuhkan.
Dalam buku itu, Mahathir dilaporkan mendakwa dia menghalang tindakan salah seorang penasihat Lim - yang tidak dinamakannya - kerana dianggap melampaui batas kuasanya ke atas penjawat awam.
Bagaimanapun, Pua, yang mengimbas kembali insiden membabitkan projek The Exchange 106 berkata: “Mungkin saya menjadi sasaran mudah bagi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan MOF (Kementerian Kewangan) cuba membersihkan kekusutan Najib (Razak), atau mungkin Mahathir berat sebelah dan berprasangka terhadap saya, tetapi cara paling mudah untuk membangkitkan kemarahan Mahathir adalah dengan menyentuh titik lemahnya kerana beberapa 'bos perniagaan besar' 'dilayan secara tidak adil."
Pua juga menjelaskan bagaimana isu tersebut dibawa ke pengetahuan Mahathir melalui pertemuan ahli parlimen Langkawi tersebut dengan perniagaan Indonesia - yang kini dipenjara di negara itu kerana didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan penipuan.
Pertemuan berkenaan, kata Pua, diatur oleh "penasihat-penasihat yang dipercayai" Mahathir bagi membantah tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai