Skip to main
Logo Malaysiakini

Kisah pemuda tegur pekerja bertudung jual arak

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketika hangat isu pelesenan arak di peringkat pusat, seorang aktivis berkongsi kisahnya berdakwah dengan cara tersendiri.

Semalam, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Bangi Bilal Jailani berkongsi kisahnya yang sudah empat kali menegur juruwang beragama Islam.

Berkongsi kisah di media sosial, yang tular dengan dengan 22,000 like itu, Bilal berkata kelmarin dia menegur seorang juruwang bertudung di sebuah kedai serbaneka di Bangi.

“Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?” soalnya.

Cashier muda bertudung itu menjawab, ‘Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat’.”

Bilal justeru mengingatkan bahawa menjual arak ialah kesalahan syariah di Selangor dan boleh didenda sehingga tiga tahun penjara.

“Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Menurut Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan adalah melakukan kesalahan.

Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Menceritakan lanjut kisahnya, Bilal berkata seorang lagi pekerja memberitahunya bahawa mereka tiada pilihan kerana ia urusan kerja.

“Saya balas, ‘Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apa pun kontrak pekerjaan anda.

“Staf lelaki itu berkata, ‘Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya’.

‘Boleh. Tolong panggil dia’, ujar saya.

Katanya selepas berbincang dengan pengurus, dia berjaya memberhentikan jualan itu dan pengurus memberitahu akan melaporkannya kepada pihak atasan.

“Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran,” kata Bilal.

Bilal berkata, tindakannya itu adalah yang keempat dilakukannya sejak 2011 di pelbagai kedai.

Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda,” katanya.