Skip to main
Logo Malaysiakini

China anjur kuliah pertama stesen angkasa lepas

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

China pada Khamis menganjurkan "Kuliah Pertama Tiangong", menampilkan tiga angkasawan yang berkongsi pengalaman mereka menjalankan misi angkasa lepas, lapor Jabatan Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China.

Kuliah pertama di stesen angkasa lepas China itu melibatkan angkasawan Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang menceritakan pengalaman dan tugas mereka kepada golongan belia.

Dalam kuliah selama 60 minit itu, tiga angkasawan itu turut memperincikan mengenai proses uji kaji sitologi dalam persekitaran graviti mikro, gerakan manusia, tegangan permukaan cecair, serta prinsip saintifik uji kaji.

Kuliah itu disiarkan secara langsung dan disertai sejumlah 1,420 wakil pelajar di Beijing, Nanning, Wenchuan, Hong Kong dan Macau.

"Kuliah Tiangong" bertujuan untuk menyebar luas pengetahuan dan kebudayaan penerbangan bermanusia ke angkasa lepas di samping menyediakan pendidikan dalam pelbagai variasi.

- Bernama