Shafie tawarkan Muda guna platform Warisan
Presiden Warisan Shafie Apdal mengundang Muda untuk menggunakan platform partinya selepas Kementerian Dalam Negeri enggan meluluskan pendaftarannya sebagai parti politik secara rasmi.
Undangn itu menjelang rancangan Warisan - parti yang berpangkalan di Sabah - untuk mengembangkan sayap di peringkat nasional.
“Kalau tidak ada kelulusan untuk Muda di Semenanjung, jangan bimbang. Gunakan platform ini,” katanya dalam perhimpunan agung Warisan di Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadir sebagai tetamu adalah Presiden Penaja Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Shafie berkata Warisan akan mengumumkan rancangan pengembangannya di Kuala Lumpur pada 17 Disember ini.
“Ini adalah kuasa ketiga dalam PRU15 akan datang,” katanya lagi.
Membangkitkan peratus keluar mengundi yang rendah ketika PRN Melaka, dia berkata pengundi pada masa ini tiada banyak pilihan.
“Kita memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia, kepada negara,” katanya.
Syed Saddiq kemudian dipetik The Star sebagai berkata, Muda dan Warisan akan bekerjasama dalam banyak aspek tetapi dia tidak mahu mendahului cabaran yang difailkan pihaknya di mahkamah.
Muda sebelum ini memfailkan saman terhadap kerajaan dalam usaha untuk berdaftar sebagai parti politik.
“Jangan kita langkaui keputusan mahkamah dahulu. Pendengaran dibuat minggu depan,” katanya seperti dipetik.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai