Skip to main
Logo Malaysiakini

3,900 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,900 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,703,140.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Pulau Pinang (+30.3 peratus) dan Negeri Sembilan (+25.8 peratus) telah meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 14) di mana 4,097 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,021)
Johor (436)
Kelantan (428)
Pahang (329)
Kuala Lumpur (317)
Pulau Pinang (285)
Kedah (267)
Sabah (232)
Terengganu (183)
Negeri Sembilan (159)
Melaka (159)
Perak (139)
Sarawak (64)
Perlis (39)
Putrajaya (27)
Labuan (12)