Skip to main
Logo Malaysiakini

Warga emas, penerima Sinovac tak lengkap vaksinasi tanpa dos penggalak

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Semua penduduk berusia lebih 60 tahun serta penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak sebelum Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

“Jika kami tidak buat demikian, status kami akan ditukarkan kepada putih, kamu tidak dikira (berstatus) dos lengkap dalam MySejahtera,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy mengumumkan perkara itu bersama beberapa langkah tambahan bagi mengekang penularan COvid-19 selepas kemasukan kes kedua varian Omicron yang diumumkan hari ini.

Kes kedua Omicron yang diumumkan hari ini melibatkan kanak-kanak lapan tahun yang pulang daripada Nigera. 

Sebanyak 18 lagi kes mungkin melibatkan varian sama tetapi belum dapat disahkan sementara menunggu keputusan ujian penjujukan genom.