Skip to main
Logo Malaysiakini

Air di lima sungai di Kelantan tunjuk trend menaik

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Paras air lima sungai di Kelantan menunjukkan trend menaik susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak dua hari lepas.

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat jam 5 petang tadi lima sungai yang menunjukkan peningkatan paras air ialah Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai yang merekodkan bacaan 29.82 meter (m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu (0.51m) dan Sungai Semerak, Pasir Puteh (0.51m).

Turut menunjukkan trend yang sama ialah Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (8.94m) dan di Kampung Jambu, Kuala Jambu, Pasir Mas juga merekodkan bacaan menaik iaitu 1.12m.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya hari ini telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai dan Jeli bermula esok.

- Bernama