4,362 kes baru Covid-19
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,362 kes baru Covid-19 berbanding 4,262 kes yang dicatatkan, semalam. Pertambahan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,711,764 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula terus menurun dengan sebanyak 10.8 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Seperti lazimannya, butiran kes baru mengikut negeri akan hanya dikeluarkan esok melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (16 Disember) yang mencatatkan 4,262 kes baru adalah seperti berikut:
- Selangor (1,388)
- Johor (471)
- Pahang (352)
- Kuala Lumpur (300)
- Kedah (261)
- Pulau Pinang (249)
- Terengganu (214)
- Perak (209)
- Negeri Sembilan (203)
- Sabah (195)
- Kelantan (176)
- Melaka (139)
- Sarawak (45)
- Perlis (29)
- Putrajaya (25)
- Labuan (6)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai