Skip to main
Logo Malaysiakini

Pos Malaysia mohon maaf banjir jejas penghantaran

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pos Malaysia telah memohon maaf kepada pelanggannya atas kelewatan perkhidmatan penghantarannya berikutan kesan banjir berterusan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 21,000 rakyat Malaysia kehilangan tempat tinggal.

"Harap maklum bahawa banjir besar berikutan hujan lebat menjejaskan perkhidmatan kaunter, penghantaran dan kutipan di kawasan terjejas, termasuk penutupan cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terjejas.

"Laluan-laluan yang tidak dapat diakses disebabkan banjir juga menjejaskan sambungan darat kami.

Perkhidmatan akan disambung apabila keadaan pulih dan laluan dibuka," kata Pos Malaysia pada hebahan di Facebook.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AskPos di laman Pos.com.my atau aplikasi Pos Malaysia mobile app.