3,108 kes baru Covid-19, terendah sejak 3 Mei
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 3,108 kes baru Covid-19 dengan jumlah terkumpul kini mencecah angka 2,718,955 kes.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 230 hari sejak 3 Mei lalu.
Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas juga menurun sebanyak 14.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan statistik kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.
Pecahan kes baru mengikut negeri untuk semalam (Dis 18) di mana 4,083 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,114)
Kelantan (447)
Johor (407)
Melaka (272)
Pahang (249)
Pulau Pinang (248)
Sabah (237)
Kedah (237)
Kuala Lumpur (236)
Perak (228)
Terengganu (163)
Negeri Sembilan (128)
Sarawak (41)
Putrajaya (35)
Perlis (33)
Labuan (8)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai