Korban pertama banjir di Selangor ditemukan
Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 malam.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial berkenaan penemuan satu mayat lelaki oleh orang awam selepas paras air di hadapan pangpapuri itu mulai surut.
Sementara itu Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis menafikan dakwaan di laman Twitter kononnya bot persendirian tidak dibenarkan untuk digunakan bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini.
“Tak. Bomba tak pernah cakap, (namun) berisiko jika bot mengalami kemalangan,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai