Skip to main
Logo Malaysiakini

2,589 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,589 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah jangkitan terkumpul adalah sebanyak 2,721,544 kes.

Jangkitan baru Covid-19 hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 231 hari sejak 3 Mei lalu.

Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 dalam tempoh tujuh hari lalu menurun sebanyak 16.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kes baru hari ini mengikut negeri selepas tengah malam ini di portal CovidNow.

Pecahan kes baru mengikut negeri bagi semalam (19 Dis), di mana 3,108 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (919)

Johor (297)

Kelantan (255)

Pulau Pinang (216)

Sabah (189)

Perak (189)

Kuala Lumpur (184)

Melaka (179)

Kedah (176)

Terengganu (156)

Pahang (150)

Negeri Sembilan (122)

Sarawak (30)

Putrajaya (18)

Perlis (16)

Labuan (12)

Jangkitan baru hari ini terdiri daripada 2,462 rakyat Malaysia (95.1 peratus) dan 127 bukan warganegara (4.9 peratus).

Jumlah pesakit yang sembuh mengatasi kes baru iaitu seramai 3,810 kes. Ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

Pesakit di ICU: 379

Bilangan memerlukan bantuan pernafasan: 210

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 7.1 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Sebaliknya, mereka yang memerlukan bantuan pernafasan meningkat sebanyak 1.9 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Sehingga kini, 251 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk tiga kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 2.0 peratus berbanding 246 kluster aktif seminggu lalu.