Skip to main
Logo Malaysiakini

Berita terhangat dan pencetus berita 2021 - anda tentukan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UNDIAN | Sudah menjadi tradisi pada setiap hujung tahun, Malaysiakini menyajikan senarai berita terhangat dan pencetus berita tahunan untuk dipilih oleh pembaca.

Pandemik yang berterusan dan pertukaran kerajaan serta perdana menteri baru pada tahun ini nampaknya tidak lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Seperti tahun lepas, kami memberi peluang kepada pembaca Malaysiakini menentukan 10 tajuk utama pada 2021. Terdapat 25 berita utama disenaraikan, mengikut susunan abjad, untuk diundi tahun ini.

Pembaca boleh mengundi dengan memilih markah daripada 0 (terendah) sehingga 10 (tertinggi). Markah yang sama boleh digunakan berulang kali.

Teruskan. Pilih berita pada tahun 2021 sebelum kita melangkah ke tahun 2022 dengan harapan yang lebih baik.

Pencetus berita tahun ini

Jangan lupa juga mengundi "pencetus berita terbaik".

Secara ringkas - pencetus berita tidak semestinya merupakan individu yang paling popular.

Dia sebaliknya mesti konsisten menjadi tajuk utama berita, dan mempengaruhi wacana awam serta mencipta impak kepada politik Malaysia - tidak kira sama ada ke arah yang lebih baik atau buruk.

Sebanyak 19 calon disenaraikan untuk anda pilih. Sekali lagi diingatkan, anda boleh memberikan markah yang sama untuk lebih daripada seorang individu.

Undian tamat pada tengah malam, 26 Dis dan keputusan akan diumumkan selama dua hari berturut-turut mulai 29 Dis.

Untuk "10 Berita Terhangat 2021" dan "Pencetus Berita Terbaik", sila klik di sini.