Lebih 22 juta populasi dewasa negara lengkap divaksin
Seramai 22,817,909 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,123,189 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,736,688 orang telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,834,774 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sebanyak 145,004 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,241 dos pertama, 4,325 dos lengkap dan 137,438 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,034,257 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai