Skip to main
Logo Malaysiakini

Beberapa cerun di KL berisiko runtuh - Shahidan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Beberapa cerun di Kuala Lumpur kini di bawah pengawasan kerana berisiko runtuh ekoran hujan lebat berterusan yang melanda negara baru-baru ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata berikutan keadaan itu, pihaknya mendapatkan khidmat teknikal daripada Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi menangani masalah berkenaan.

"Hal ini perlu diselesaikan serta merta, takut berlaku apa yang tidak diingini," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Taman Sri Muda di sini, yang dilanda banjir.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan keadaan banjir di Kuala Lumpur kini sudah reda dan kerja-kerja mengepam air bawah tanah sedang giat dijalankan.

Shahidan yang diiringi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini meninjau Taman Sri Muda untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

- Bernama