Skip to main
Logo Malaysiakini

Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan - MetMalaysia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan pagi tadi, ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata ia berikutan keadaan cuaca di negeri-negeri berkenaan dijangka bertambah baik.

Menurut beliau, orang awam boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

- Bernama