Skip to main
Logo Malaysiakini

Dua lelaki dikhuatiri lemas lepas redah air di padang bola

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan Umno di Mentakab, Temerloh semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan pada jam 3.15 petang dan menggerakkan enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian.

"Kenyataan saksi kepada polis mendakwa terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang.

"Bagaimanapun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam menggunakan bot aluminium dan dijalankan secara surface searching (pencarian di kawasan permukaan air) di lokasi kejadian dengan radius pencarian seluas 500 meter persegi,” katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini.

Ismail berkata operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang semalam dan bersambung pagi ini.

Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lepas, masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer dan kawasan sawit seluas 10 hektar.

- Bernama