Amah dakwa 'Tan Sri' tak bayar gaji selama 12 tahun
Seorang pembantu rumah Indonesia kepada seorang 'Tan Sri' yang kaya di Kota Damansara, Kuala Lumpur mendakwa tidak mendapat gaji selama 12 tahun.
Wanita itu yang enggan namanya disiarkan kemudian melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Seorang jurucakap kedutaan berkata mereka berbincang dengan peguam dan mengeluarkan surat tuntutan kepada majikan berusia 70-an itu, menuntut sebanyak RM106,000.
Bagaimanapun katanya, anak majikan itu membalasnya dengan membuat tuntutan balas kepada Jabatan Buruh atas alasan orang gaji itu tidak memberikan notis berhenti kerja 14 hari lebih awal.
Sepanjang 12 tahun berkhidmat, amah setinggi 1.5m itu mendakwa sering dimarah dan keletihan.
Malah, dia dikatakan pernah ditampar kerana tersalah letak ubat.
“Saya bangun kerja pada pukul lima pagi tanpa sarapan kerana saya kena siapkan kerja rumah sebelum madam bangun. Dia jenis bangun awal dan akan marah saya jika kerja tak siap.
“Saya tidur pula lepas dia masuk bilik, biasanya sekitar waktu tengah malam,” kata wanita malang 43 tahun daripada Malang, Indonesia.
Dia juga mendakwa tidak dibenarkan menggunakan telefon.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai