Skip to main
Logo Malaysiakini

3,519 kes baru Covid-19, Rt-0 pada 0.90

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,519 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,728,203.

Kadar kebolehjangkitan atau nombor RT-0 setakat semalam adalah 0.90, dengan hanya dua negeri iaitu Pahang dan Pulau Pinang melaporkan bacaan pada Rt 1.00.

Selagi bacaan kekal di bawah 1.00, ia menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin berkurangan.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula telah menurun sebanyak 21.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (21 Dis) yang menyaksikan 3,140 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (736)
  • Kelantan (396)
  • Johor (378)
  • Kuala Lumpur (258)
  • Pulau Pinang (213)
  • Kedah (209)
  • Terengganu (202)
  • Pahang (165)
  • Sabah (156)
  • Melaka (119)
  • Perak (114)
  • Negeri Sembilan (95)
  • Putrajaya (35)
  • Sarawak (31)
  • Perlis (27)
  • Labuan (6)