Skip to main
Logo Malaysiakini

29 lagi kematian akibat Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 29 kematian baru akibat Covid-19 semalam (22 Dis), menjadikan jumlah kematian terkumpul meningkat kepada 31,221 orang.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 946 kematian bagi setiap satu juta penduduk

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 20.7 peratus meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Pahang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak enam kes diikuti Perak (5), Kedah (4), Johor (3), Selangor (3), Terengganu (3), Sabah (2), Kelantan

(1), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1) .

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 39 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 33 kematian dalam tempoh tujuh hari.

Setakat ini sebanyak 907 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian dilaporkan pada November, 2,704 pada Oktober, 9,678 pada September dan 7,642 pada Ogos.

Sehingga semalam, terdapat 49,395 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 13.3 peratus daripada 56,989 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 27.3 peratus daripada 67,986 kes.

Kes berkaitan kluster

Daripada 3,519 kes baru semalam, sebanyak 79 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 46 (58.2 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua manakala 14 (17.7 peratus) adalah kluster tempat kerja.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan institusi pendidikan (9 - 11.4 peratus), kes import (6 - 7.6 peratus) dan penularan komuniti (4 - 5.1 peratus).