Skip to main
Logo Malaysiakini

44 lagi korban wabak Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 44 kematian baru akibat Covid-19 semalam (23 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian 31,265.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 946 kematian bagi setiap satu juta penduduk

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 22.7 peratus atau 10 meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 14, membentuk 31.8 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dicatatkan di Pulau Pinang (7), Selangor (6), Terengganu (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Pahang (2), Johor (1), Kedah (1), Negeri Sembilan (1 ) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 41 daripada 44 kematian yang dilaporkan atau 93.2 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 39 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 34, menunjukkan trend menurun.

Sehingga kini, 952 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada November, 2,704 pada Oktober, 9,678 pada September dan 7,641 pada Ogos.

Setakat semalam, terdapat 47,863 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 14.9 peratus daripada 56,230 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 30.3 peratus daripada 68,626.

Kementerian Kesihatan memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.