Skip to main
Logo Malaysiakini

Yang penting Cina tempatan berjiwa Malaysia, kata Najib kepada Mahathir

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tidak penting jenis peralatan makanan yang digunakan oleh orang masyarakat Cina tempatan, kata bekas Perdana Menteri Najib Razak, menjawab analogi sepit oleh Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada Forum Ekonomi Cina Sedunia 2021 yang diadakan di Petaling Jaya hari ini, Najib berkata apa yang lebih penting ialah masyarakat Cina tempatan berjiwa Malaysia.

“Tidak kisahlah jika Cina Malaysia makan dengan sepit, garfu dan sudu, atau menggunakan tangan, asalkan di hati dan fikiran mereka benar-benar rakyat Malaysia.

“Masyarakat Cina di Malaysia telah menunjukkan kemahiran keusahawanan, kecekalan, kebolehan dan ketabahan mereka untuk berjaya dalam menghadapi cabaran yang sukar.

"Dalam hal ini, sebarang pemulihan selepas pandemik akan bergantung kepada kekuatan sedia ada mereka untuk menyumbang kepada proses ini," kata bekas perdana menteri itu.

Dua minggu lalu, Mahathir membangkitkan apa yang dirasakannya sebagai kesukaran dalam asimilasi penduduk bukan Melayu di negara ini, dengan penggunaan sepit di kalangan masyarakat Cina sebagai contoh.

Selain itu, dia juga berkata masih ada kecenderungan komuniti di Malaysia dalam mengekalkan perkaitan dengan negara asal, walaupun lahir dan dibesarkan di Malaysia.

[Baca berita penuh]