Skip to main
Logo Malaysiakini

2,897 kes baru Covid-19, kemasukan hospital turun 10%

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,897 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,746,833.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 10 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 27) di mana 2,757 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (565)
Johor (361)
Kelantan (346)
Kedah (273)
Pulau Pinang (197)
Perak (189)
Pahang (180)
Terengganu (172)
Kuala Lumpur (135)
Sabah (125)
Negeri Sembilan (92)
Melaka (76)
Sarawak (21)
Perlis (13)
Putrajaya (11)
Labuan (1)