Skip to main
Logo Malaysiakini

Berita terhangat 2021 - pilihan pembaca

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UNDIAN | Pembaca Malaysiakini sekali lagi memutuskan apa yang mereka rasa sebagai berita yang paling penting untuk tahun 2021.

Seramai 367 pembaca telah mengambil bahagian dalam undian tahun ini.

Mereka mengundi di antara 25 cadangan dengan memasukkan skor dari 0 (terendah) hingga 10 (tertinggi).

Berikut keputusannya:

25. Better Malaysia Assembly - Nazir Abdul Razak dan 54 yang lain berusaha menyediakan platform bukan partisan untuk mendepani pembaharuan institusi (1,434 undi)


24. GPS masih ‘raja’ dalam pilihan raya Sarawak – menang majoriti dua pertiga (1,787 undi)


23. Menghalalkan ganja perubatan – kerajaan membenarkan ganja digunakan untuk tujuan perubatan (1,898 undi)


22. Penyahwartaan Hutan Simpan Utara Kuala Langat dan penerokaan ke atas hutan Bukit Cherakah dan Hutan Komuniti Shah Alam (2,022 undi)


21. Kematian dalam tahanan kembali menjadi tumpuan, antara mangsa adalah peniaga susu lembu A Ganapathy (2,087 undi)


20. Umno kembali ke gelanggang - menang besar dalam pilihan raya mengejut Melaka (2,151 undi)


19. Keretakan dalaman Pakatan Harapan dan gesaan supaya ketua pembangkang Anwar Ibrahim meletakkan jawatan (2,264 undi)


 18. Gangguan seksual dalam sukan – bekas perenang negara Cindy Ong dan juara terjun Pandelela Rinong bersuara (2,311 undi)



 17. Penglibatan kerabat Pahang dalam projek hutan Tasik Chini, Lynas PDF dan Hutan Som (2,335 undi)



 16. Pemeriksaan mengejut haid - kontroversi pemeriksaan fizikal haid gadis di institusi pendidikan (2,336 undi)



 

15. MOU Kerajaan-Pakatan Harapan – perjanjian yang belum pernah berlaku sebelum ini dibuat untuk memastikan beberapa pembaharuan utama (2,342 undi)



14. Bersalah menghina mahkamah– Malaysiakini didenda RM500,000, kutipan cukup dalam masa empat jam (2,384 undi)



 13. Wiski Timah – kontroversi tanpa asas (2,395 undi)



12. Pengisytiharan dan penarikan kuasa darurat dan istana menggunakan kuasa (2,432 undi)



11.Kemalangan LRT - Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan nahas ngeri itu sebagai dua kereta api 'berciuman' (2,464 undi)



10. Jenaka rogol dalam kelas – Ain Husniza Saiful Nizam, 17 tahun, mendedahkan seorang guru yang didakwa membuat lawak lucah (2,472 undi)



9. Isu dalaman pasukan polis - peletakan jawatan Abdul Hamid Bador sebagai KPN, kartel polis dan Geng Nicky (2,486 undi)



8. Ahli politik terkenal dibebaskan - Tengku Adnan Tengku Mansor dibebaskan daripada rasuah, Ahmad Maslan dibebaskan daripada pengubahan wang haram (2,492 undi)



7. Mogok oleh doktor kontrak di tengah-tengah pandemik Covid-19 (2,523 undi)



6. Kertas Pandora - orang kaya, terkenal dan berkuasa yang mempunyai akaun luar pesisir (2,587 undi)



5. Najib Abdul Razak masih ada - Keputusan Mahkamah Rayuan, rumah RM100 juta, perjalanan ke Singapura (2,591 undi)



4. Pandemik Covid berterusan - 30,000 lebih jumlah kematian, pemacu vaksinasi, varian baru dan suntikan penggalak (2,633 undi)



 3. Undi18 akhirnya dilaksanakan – dan pendaftaran automatik bermakna berjuta-juta lagi boleh mengundi (2,684 undi)



 2. Kejatuhan Muhyiddin Yassin, kebangkitan Ismail Sabri Yaakob – rampasan kuasa dalam rampasan kuasa (2,824 undi)



 1. Banjir teruk di Selangor dan beberapa lagi negeri (2,992 undi)