Skip to main
Logo Malaysiakini

Pencetus berita 2021 ialah…

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UNDIAN | Sepanjang 20 tahun, Malaysiakini tanpa gagal akan menamakan pencetus berita sebelum berlabuhnya tirai bagi setiap tahun.

Pencetus berita didefinasikan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk utama berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan mewujudkan kesan dalam politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau sebaliknya".

Malaysiakini mencalonkan 19 pihak untuk anugerah ini.

Di bawah keputusan undian tersebut:

19. Wee Ka Siong, menteri pengangkutan yang ‘menyelesaikan’ isu Prasanara dan lesen minuman keras (1,398 undi)


18. M Saravanan, menteri di kerusi panas kerana produk buatan Malaysia diharamkan atas dakwaan eksploitasi buruh(1,525 undi)


17. Mahathir Mohamad, PM4 dan PM7, yang melancarkan satu lagi memoir (1,565 undi)


16. Idris Haron, bekas KM yang menjatuhkan kerajaan Melaka (1,765 undi)


15. Azalina Othman Said, bekas speaker Dewan Rakyat, kini penasihat khas PM9 (1,858 undi)


14. Muhammad Sanusi Md Nor, MB Kedah yang perit buat Pulau Pinang (1,908 undi)


13. Rosmah Mansor, bekas 'Wanita Pertama' dan Imelda Marcos Malaysia (2,025 undi)


12. Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang memainkan “kerusi muzik" (musical chair) dalam pentadbiran negara (2,084 undi)


11. Tajuddin Abdul Rahman, terkenal kerana komen tidak sensitif mengenai kemalangan LRT (2,139 undi)


10. Ismail Sabri Yaakob, PM9, seorang lagi perdana menteri yang tidak disengajakan (2,156 undi)


9. Muhyiddin Yassin, PM8, perdana menteri paling singkat dalam sejarah (2,166 undi)


8. Nur Sajat Kamaruzzaman, transgender usahawan kosmetik yang melarikan diri ke Thailand dan diberi suaka di Australia (2,186 undi)


7. Khairy Jamaluddin, mungkin menteri berprestasi terbaik (2,188 undi)

 


6. Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang berdepan gesaan supaya meletakkan jawatan (2,271 undi)


5. Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno, berdepan perbicaraan rasuah (2,280 undi)


4. Ain Husniza Saiful Nizam, pelajar yang tampil mendedahkan dakwaan gurauan rogol oleh guru sekolah (2,485 undi)


3. Abdul Hamid Bador, Abdul Hamid Bador, bekas ketua polis yang mengecam menteri dalam negeri pada hari terakhir tugasnya (2,552 undi)


2. Delta dan Omicron, varian yang 'mengubah' perjuangan kita melawan virus Covid (2,682 undi)


1. Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri, disabitkan dengan rasuah (2,700 undi)