Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 34 lagi kematian, jumlah korban 31,462

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 34 kematian baru akibat Covid-19 semalam (30 Dis), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 31,462 kes.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 950 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 32.4 peratus atau 11 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak lapan kes, iaitu 23.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Ini dikuti oleh Sabah (7), Johor (4), Kelantan (3), Pahang (3), Selangor (3), Terengganu (2), Kedah (1), Melaka (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1) .

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 31 daripada 34 kematian yang dilaporkan, atau 91.2 peratus, berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 35 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 28 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan penurunan.

Sehingga kini, sebanyak 1,149 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian dilaporkan pada November, 2,704 pada Oktober, 9,678 pada September dan 7,641 pada Ogos.

Setakat semalam, terdapat 45,983 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 3.9 peratus daripada 47,866 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 29.4 peratus daripada 65,154 kes.

Kementerian Kesihatan memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.