Skip to main
Logo Malaysiakini

26 lagi korban Covid-19, jumlah kematian 31,513

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 26 kematian baru Covid-19 semalam (1 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,513.

Kematian yang dilaporkan setiap hari melebihi 20 kes selama enam hari berturut-turut.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 11.5 peratus atau tiga orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan tujuh kes, membentuk 26.9 peratus daripada korban baru dilaporkan.

Baki kes kematian di Selangor (4), Pahang (3), Perak (3), Terengganu (3), Kedah (2), Johor (1), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1) dan Sarawak (1) .

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 17 daripada 26 kematian yang dilaporkan atau 65.4 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 33 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari lalu dengan 28 korban, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 41,034 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 10.0 peratus daripada 45,595 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.1 peratus daripada 62,254.