Skip to main
Logo Malaysiakini

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup jam 4.00 petang, hari ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata, seramai 50 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Alhamdulillah situasi banjir di seluruh Kelantan sudah pulih sepenuhnya hari ini.

"Seramai 50 orang mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai di Kuala Krai, yang merupakan PPS terakhir ditutup," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu Kelantan dilanda banjir gelombang kedua membabitkan daerah Kuala Krai dan Jeli susulan hujan lebat berterusan sejak 30 Dis hingga semalam.

Sementara itu Said berkata, pihaknya berharap penduduk di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap ramalan cuaca dikeluarkan pihak berwajib.